Tuesday, July 13, 2010

Day 2 Japan - Tokyo to Gunma Winter Memories

TOKYO DAY 2 - Disneyland
Syukur sekali lagi kerana akhirnya sampai juga kami ke tempat yang mungkin diimpikan oleh setiap kanak-kanak di dunia - DISNEYLAND!
Walaupun Disneyland di Chiba, Jepun, tetapi tidak kurang hebatnya seperti di USA.
Tokyo Disney Resort terbahagi kepada dua jenis resort, Tokyo Disney Resort dan Tokyo Disney Sea bagi yang gemarkan aktiviti air (pastinya akan basah!). Tiket juga dijual berasingan dan terdapat 2-day pass bagi yang tidak puas bermain hanya satu hari! Sememangnya ia adalah satu tempat yang amat luas, kami mengambil masa dari pagi hingga malam untuk menghabiskan perjalanan kami di Disneyland satu pengalaman yang amat mengujakan terutama pada waktu suhu mencecah sekitar 4 Darjah Celcius.

Keadaan di dalam Disneyland tidak mengecewakan apabila kami disajikan dengan pelbagai watak dari siri animasi Disney seperti Winnie the Pooh, Mickey Mouse, Donald Duck dan lain-lain.
Kami juga berpeluang bergambar dengan watak-watak kartun tersebut, benar-benar mengujakan bagi kanak-kanak mahupun dewasa!
Bagi kami, tidak akan melepaskan peluang untuk bergambar dengan Istana Disney yang agak besar dan boleh dilihat daripada kejauhan.

Gambar disebelah, merupakan bunga-bungaan yang ditanam berbentuk Mickey Mouse dan patung disebelah merupakan Minnie Mouse bertemakan Winter.

Walaupun cuaca agak sejuk, tetapi pengalaman yang disajikan amat menarik, dengan perarakan yang diadakan setiap beberapa jam dimana semua jalan-jalan akan ditutup untuk perarakan ini. Kami sempat untuk melihat tiga kali perarakan sepanjang kami berada di sana.

Kesempatan kami untuk bergambar dengan watak kartun Winnie the Pooh yang merupakan kegemaran anak saya, dapat diabadikan didalam sekeping foto.

Perarakan waktu malam dihiasi lampu-lampu yang begitu indah


Perarakan waktu siang.





No comments: