Tuesday, July 13, 2010

Day 1 Japan - Tokyo to Gunma Winter Time Memories


TOKYO - DAY 1

Alhamdulillah, tercapai juga impian untuk pergi ke negara Jepun. Negara yang sudah lama ku idam-idamkan untuk dilawati. Tanggal 13-Dec-2009 - 19-Dec-2009 merupakan sejarah baru bagi kami sekeluarga kerana pertama kali menjejakkan kaki ke bumi JEPUN!


"Pengalaman yang tidak dapat dilupakan..."


Sebaik sahaja menjejakkan kaki keluar dari pesawat, rasa dingin menerjah ke kulit tubuh. Suhu mencecah sekitar 10 Degrees Celcius menyambut kami di lapangan Narita, Tokyo pada waktu tengah hari benar-benar meninggalkan rasa kelainan pada jiwa seluruh ahli keluarga. Apa tidaknya, suhu di Malaysia paling sejuk pernah dialami pun sekitar 16 Degrees Celcius... Itu pun jika berada dalam bilik hawa dingin! Sebaik sahaja tiba, kami tidak sabar untuk bergambar dengan poster Yokoso! Japan yang bermaksud Selamat Datang ke Jepun.

Sebaik sahaja selesai di lapangan terbang Narita, kami pun memulakan perjalanan ke Bandaraya Tokyo untuk berjalan-jalan sebelum mendaftar masuk ke Hotel (Hotel Lumiere - sekitar RM 150++ per night). Kami dibawa melihat kuil di Asakusa dan tempat membeli belah yang berada disekitar Tokyo untuk menjamu mata sebelum berbelanja.

Tokyo benar-benar sebuah bandaraya yang MAHAL! Jika tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup, saya sarankan jangan datang ke sini. Sekurang-kurangnya itu pendapat saya...

Tapi kami sekeluarga amat-amat beruntung kerana mempunyai ahli keluarga yang sedang belajar disini dan telah mengatur segala perjalanan kami serta tempat tinggal selama berada di sini.

No comments: