Tuesday, June 10, 2008

Bandung Shopping Paradise 4d3n (31 May - 3 Jun 2008)

Kali ni aku kembali lagi ke Indonesia, tapi this time Bandung.

Details:-
Flight : Air Asia (KUL-BDG)
Exchange Rate : RM 3.48 = Rp 10,000
Hotel : Hotel Aston Bandung (****) (2 Room Condotel x 2 units)
Peak Rate : Rp 1,150,000 = RM 402.50
Normal Rate : Rp 1,050,000 = RM 367.50
Budget Makan : Rp 24,000 per person/satu meal

Peserta : Myself & Beloved wife (+baby 14 weeks), Ayah, Mak,
Angah, Zura & Shahreen, Che' Kiah, Ayang & Thirah
Supir : Pak Deden & Adi
Kenderaan : 2 buah Suzuki APV (Rp 400,000/day/per car)

Me & Wife at Tangkuban Perahu Kawah Ratu

Ni itinerary aku (Mainly - 'Shop Till You Drop'):-

Day 01 : Arrive at Bandung : 11:50 AM- Rupa-rupanya bandung ni time dia awal 1 jam dari KL.
Lunch at sundanese restaurant "Sederhana"- Check-in Hotel Aston by 12.00pm, mandi-manda, semayang- Shopping to factory outlet “Heritage”- Shopping to “Bandung Super Mall”, visit Polo boutique & Batik boutique in the mall- Dinner at restaurant Padang- Back to hotel

Day 02 :- B'fast at hotel- Visit factory outlet “Rumah Mode” & Donatello boutique- Go to “Cihampelas Walk” and also outside the shops selling jeans- Lunch at restaurant “Glossis”/ Sapu Lidi in Cihampelas- Visit the Cibaduyut (kejap je sebab tak best...) sambung balik kat Factory Outlet lain- Dinner at Padang Restaurant lagi- Back to hotel


Mount Tangkuban Perahu - Kawah Ratu

Day 03 :- B'fast at hotel- Visit active volcano “Tangkuban Perahu” and Ciater Hotspring around the area- Lunch at Restoran Kampung Daun.- Continue to shop at Rumah Mode and many factory Outlets along Jalan Dago (barang bekas) & Jalan Riau & Pasar Baru, WTC (Wang Tak Cukup)- Visit Terminal Tas (shooping for handbags, wallet) and tapau McDonalds (semua dah letih shopping) - Back to hotel (Cadangan nak tengok wayang RM3.00 - kat Carrefour bawah hotel pukul 9pm, sekali dah tutup daa...) kaciwa..


Shahreen, Aku, Ayah, Angah


Day 04 : -B'fast at Hotel-Checkout Hotel-Shopping around Braga Street-Airport transfer (11:00 AM)-Flight back to Kuala Lumpur (1:10PM)

Nasihat aku kalau pegi Bandung :-

1. Bring lots and lots of money, focus on shopping kalau nak pegi sightseeing just go to Tangkuban Perahu.

2. Kalau nak tempah suit (kot) bleh siap dalam masa 4 hari, kalau x sempat siap dia akan post free of charge. Make sure tinggal alamat Malaysia kat dia.

3. Make sure itinerary ada spent about 1 day kat Pasar Baru (besar gila tempat tu & byk barang).

4. Spare money for airport tax = Rp60,000 & syhhh... (duit kopi untuk Ketua Kastam kat situ, dia mintak beb... kalau masa nak check kastam dia tanya ketua rombongan tu, dia la tu...)

InsyaAllah... taun depan Jepun (tengok adik ipar konvo) & Australia (Perth) kot... Tunggu Air Asia X...

Wednesday, May 14, 2008

Bali Shangrila Asia 3d2n (8-11 Dec 2007)

Details:-

Flight : Air Asia (KUL-BALI)
Exchange Rate : RM 3.58 = Rp 10,000
Hotel : Barong Hotel Kuta, Bali (***)
Pakej : Fullboard RM 460 / person
Agensi : Syifaa Holidays Sdn Bhd (Shah Alam)
Peserta : Myself & My Dear Wife
Supir : Pak I. Putu Sirya & sorang lagi aku tak ingat nama dia
Kenderaan : 1 buah Mitsubishi Colt Lama


Nun jauh 3 jam lagi nak sampai ke Australia, dan 3 jam flight dari KL, ialah 'Shangri-La' atau dalam bahasa kita Syurga atau dalam bahasa omputehnya 'Paradise' di Asia - Bali, Indonesia.

Gambar sebelah - Aku and wife kat Tanah Lot (Laut) Temple.

Pada aku or at least pandangan aku la, Bali ni satu tempat yang memang cantik. Kalau ikut sejarah, bumi Indonesia ni memang agama rasminya satu masa dulu adalah Hindu. Tapi selepas kedatangan Islam pada kurun ke-14, semua penganut-penganut agama Hindu yang masih setia ni lari ke sebelah hujung pulau Indonesia ni iaitu Bali, diaorang bawak sekali semua candi-candi dan kuil-kuil diaorang ni ke sini.

Kalau kita lihat cara hidup diaorang ni memang agak unik. Dari kelahiran sampai la kematian, hidup diaorang ni dipenuhi adat. Masa aku pegi kat situ, aku punya tourist guide 'Pak Putu' cakap kalau ada kematian, waris-waris diaorang ni kena tanggung macam-macam termasuklah upacara pembakaran yang kata dia boleh mencecah RM10,000 duit kita tu. Bayangkanlah kalau bagi kita pun duit sebanyak tu dah besar, apa lagi diaorang.

Sebagai perbandingan, masa aku pegi satu tempat kat situ yang dipanggil 'Turtle Island' (btw, mahal giler pegi tempat ni) pekerja kat situ cerita kat aku, gaji dia lebih kurang 300,000 Rp atau dalam RM 90.00 sebulan. Tak ke banyak RM 10K tu kalau nak compare dengan gaji ko RM 90 sebulan? Tu pasal diaorang ni ada upacara pembakaran mayat 2 tahun sekali - yang ni gomen support, tapi bakar ramai-ramai la...

Huh, bayangkan la, syukur kita ni hidup kat Malaysia, senang lenang rezeki melimpah ruah... Alhamdulillah...Tengok senarai orang yang mati sebab bom bali kat gambar atas tu, huish... kalo sorang dia charge RM10K, kalo ada 200 orang kat situ jawapnya mashukkkk la tukang bakar mayat tu... Sapa cakap keje tu takde ong... keh2...

Kalo nak tengok gambo2 lagi pegi sini GAMBAR-GAMBAR AKU DI BALI